HAKIKAT DI BALIK HURUF BAA' (ب) DAN TITIK NOKTAH BAA' ( . ) dalam kalimah BASMALLAH

Dikesempatan ini saya yang dhoif lagi jahil ini akan coba menguraikan serba sedikit asrar (rahasia-rahasia)yang terdapat disebalik HURUF BA' (ب) & TITIK NOKTAH BA' (.)

penjelasan ini bukanlah terbit daripada diri saya dan bukan juga daripada ilham yang saya perolehi, tetapi hanya adalah daripada ilham seorang ‘alim lagi sufi besar yaitu Al-‘Arifbillah Al-Imam Asy-Syaikh Abdul Karim Al-Jili Qaddasallahu Sirrahu yang mana beliau telah menumpahkan ilhamnya itu ke dalam kitabnya yang berbahasa arab yang berjudul :

(الكهف والرقيم في شرح بسم الله الرحمن الرحيم)

(boleh beli kitab ini di Maktabah darul bayan” belakang masjid al-azhar)

- beliau berumur sehingga 63 tahun, lahir pada 767 hijri (1365 masihi) dan telah wafat di Yaman pada 732 Hijri (1428 Masihi). di dalam permulaan kitabnya ini dapatlah saya mengambil beberapa point penting untuk tatapan kita semua :

  1. MENGAPAKAH SETIAP SURAH DI DALAM AL-QURAN DIMULAKAN DGN HURUF BA’ (ب)??

    - perasankah kita bahawa setiap surah Al-Quran telah dimulai oleh ALLAH SWT dgn huruf ba’ (ب) iaitu pada kalimah :

    (بسم الله الرحمن الرحيم).

    manakala pada Surah At-Taubah juga dimulai dgn huruf ba’ (ب) yaitu pada ayat yang pertama :

    ( بَرَاءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ )

    - telah diriwayatkan suatu khabar drpd RASULULLAH SAW bahawa baginda telah bersabda :

    “segala isi intipati kitab samawi yang diturunkan terkandung di dalam Al-Quran, segala isi intipati Al-Quran pula terkandung di dalam Surah Al-Fatihah, segala isi intipati Surah Al-Fatihah pula terkandung di dalam Bismillahirrahmanirrahim, segala isi intipati بسم الله الرحمن الرحيم terkandung di dalam huruf ba’ (ب) dan segala isi intipati di dalam huruf ba’ (ب) terkandung di dalam titik noktah ba’ (.)”.

    (pentahqiq kitab ini mengatakan bahawa tidak diketahui sumber khabar daripada Rasulullah saw ini, tetapi ianya sabit dikalangan para sufi daripada jalan kasyaf dan hanya berlegar dikalangan mereka daripada dahulu hingga kini).

  2. TAHUKAH ANDA APAKAH MAKSUD HAKIKAT TITIK NOKTAH BA’ (ب) INI??

    - maksud TITIK NOKTAH BA’ (.) adalah isyarat kpd “ZAT ALLAH SWT YANG MAHA SUCI”.

    - ketahuilah wahai saudaraku pada hakikatnya TITIK NOKTAH itu pada asal dirinya adalah "tidak berbentuk dengan suatu bentuk pun". asal zat dirinya adalah "ghaib". tetapi apabila dizahirkan daripada alam ghaib ke lisan qalam dan ke alam syahadah (alam nyata yang kita hidup dan kita lihat sekarang) maka bentuknya adalah seperti mana kita lihat yaitu SATU TITIK NOKTAH (.).

    (alam syahadah juga disebut sebagai alam mulk manakala alam ghaib juga disebut sbg alam malakut).

    - ini memberikan isyarat kepada kita bahwa ZAT ALLAH SWT itu adalah TUNGGAL serta GHAIB AL-AHADIYAH. ZAT ALLAH SWT MAHA SUCI serta tidak tasybih (tidak menyerupai) dengan segala makhluk pun. kewujudannya juga tidak berjuzu’-juzu’ dan juga tidak berjisim. maka apabila ALLAH SWT itu ingin MENTAJALLIKAN (menzahirkan) KEKUASAAN NYA lalu DIA mencipta MAKHLUK yang terkandung disebalik makhluk itu rahasia-rahasia KEKUASAAN NYA lalu ALLAH menzahirkan ALAM dan segala ISINYA yang pada hakikatnya semuanya berasal daripada ALLAH SWT YANG MAHA ESA.

  3. DAPATKAH KITA MEMBACA HURU BA’ (ب) TANPA KEHADIRAN TITIK NOKTAH BA’ (.) ??

    - sudah pastilah kita tidak dapat membacanya bukan. ini krn pada hakikatnya SATU TITIK NOKTAH BA’ (.) itulah yang membunyikannya sebagai huruf BA’(ب) . kita tidak akan dapat mengenali BA’ (ب) dan tidak akan dapat menyebut BA’ (ب) tanpa kehadiran TITIK NOKTAHNYA itu. pada hakikatnya diri BA’(ب) tiada apa-apa, krn ia bergantung kepada satu titik noktah itu untuk mewujudkan dirinya dan hakikatnya kita membaca titik noktah itu.

    - gambaran ini memberikan isyarat kepada kita bahwa MAKHLUK itu pada hakikatnya berasal daripada ALLAH SWT. tanpa ALLAH SWT maka SEGALA MAKHLUK itu tidak akan wujud sama sekali dan segala apa yang ada pada makhluk pada hakikatnya adalah daripada ALLAH SWT.

  4. APAKAH RAHSIA TITIK NOKTAH (.) ITU TIADA SEBARANG BUNYI JIKA IA BERSENDIRIAN ??

    - jika kita menulis di kertas satu titik noktah, apakah kita dapat membaca titik noktah itu dengan sesuatu bunyi?? pasti tidak bukan. ini karena titik noktah itu bukan huruf bahkan ia diluar daripada segala makhraj huruf.

    - ini memberikan isyarat kepada kita bahwa ALLAH SWT itu bukan makhluk dan ALLAH SWT itu tidak menyerupai segala makhluk pun. ketunggalan noktah ini memberi maksud bahwa ALLAH SWT itu MAHA ESA dan kewujudannya tidak bergantung dengan selain NYA.

  5. APAKAH MAQAM SYUHUD YANG WUJUD DISEBALIK KEDUDUKAN NOKTAH PADA HURUF ITU ??

    - (1) huruf-huruf yang mana titik noktahnya “DI ATAS” nya (huruf itu berada di bawah noktah itu), seperti huruf : (ت ث خ ذ ز ش ض ظ غ ف ق ) : ini memberi isyarat kpd : maqam syuhud “tiadalah aku melihat sesuatu itu melainkan aku telah melihat ALLAH SWT “SEBELUM” ianya berlaku”.

    - (2) huruf-huruf yang mana titik noktahnya “DI BAWAH” nya (huruf itu berada di atas noktah itu), seperti : (ب ج ي) : ini memberi isyarat kpd : maqam syuhud “tiadalah aku melihat sesuatu itu melainkan aku telah melihat ALLAH SWT “SELEPAS” hanya berlaku”.

    - (3) huruf-huruf yang mana titik noktahnya “DI DALAM” nya, hanya disebut sebagai “النققطة البيضاء” (noktah putih), seperti huruf (و) & (م) : ini memberi isyarat kpd : maqam syuhud “tiadalah aku melihat sesuatu itu melainkan aku telah melihat ALLAH SWT “DI DALAMNYA” (semasa hanya berlaku).

    (6) APAKAH MAKSUD KETUNGGALAN HURUF (ب) SEBAGAI (الحروف الظلمانية) DI DALAM AYAT : بسم الله الرحمن الرحيم??

    - ketahuilah bahwa HURUF terbahagi kepada 2 jenis :

    1) HURUF ZHULMANIYYAH (huruf yg bersifat kegelapan) :

    (الحروف الظلمانية) : iaitu : (ب ج د ز ف ش ت ث خ ذ ض ظ غ)

    2) HURUF NURANIYYAH (huruf yang bersifat cahaya) :

    (الحروف النورانية) : yaitu : (أ ه ح ط ي ك ل م ن س ع ص ق ر)

    - perasankah anda bahawa di dalam
    بسم الله الرحمن الرحيم
    kesemuanya adalah HURUF NURANIYYAH dan hanya huruf (ب) sahaja HURUF ZHULMANIYYAH. coba anda teliti seketika waktu.

    - SUBHANALLAH!! ALLAH SWT telah meletakkan huruf (ب) ini “awal” pada setiap permulaan surah termasuk Surah At-Taubah, huruf ba’ (ب) adalah “baju” bagi “titik noktahnya” (karena baju pastilah di atas), oleh itu baju ba’ itu adalah zhulmah (kegelapan) yang menghijab nur (cahaya) noktahnya itu. begitulah awal hijab diantara dirimu dan ZAT ALLAH SWT adalah “kegelapan kewujudanmu”yaitu kita merasakan kewujudan kita secara mutlak seperti :

    - aku ‘alim karena kebijaksanaan aku.
    - aku kaya karena usahaku sendiri.
    - aku berjaya di dalam imtihan karena aku hebat.
    - aku taat karena sememangnya aku seorang yang soleh.
    - aku dapat banyak melakukan ibadat karena aku rajin.
    - aku dapat segala aku mahu karena aku berkemampuan.

    - keAKUan inilah dosa syirik khafi karena masih merasa kewujudan dirinya, lalu timbullah takabbur, riya’, ‘ujub dan lain-lain. ini disebabkan dirinya masih lagi terhijab dgn “dirinya sendiri” (hijab yang paling dekat dgn kita adalah hijab dengan diri kita sendiri). dirinya masih lagi belum syuhud kepada “wujud yang hakiki” yang berada disebalik kewujudannya yaitu ALLAH SWT.

  6. APAKAH PERINGATAN TITIK NOKTAH BA’ (.) kpd HURUF YANG LAIN??

    - pada hakikatnya segala huruf berasal drpd titik-titik noktah, begitu juga huruf-huruf yang bernoktah dua dan tiga seperti huruf ta’ (ت) dan tsa (ث).

    - hanya memberikan suatu isyarat daripada ALLAH SWT kepada kita dan sekalian makhluk bahawa :

    “janganlah kamu semua SYIRIK kepada KU, karena kewujudanmu itu pada asalnya adalah daripada diri KU dan janganlah kamu tertipu dengan pandangan zahirmu, kerana disebalikmu ada AKU”.

    - inilah sebagian daripada pandangan dan ilham yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Al-‘Arifbillah Al-Imam Asy-Syeikh Abdul Karim Al-Jili Qaddasallahu Sirrahu yang sempat saya type di sini. sesungguhnya para ‘arifin melihat sesuatu itu bukanlah hanya dengan pandangan zahir, tetapi dengan pandangan batin melalui kasyaf serta futuhaat yang dikurniakan ALLAH SWT kepada mereka karena kuatnya mereka berpegang dengan SYARIAT ALLAH SWT dan KESIDDIQAN mereka kepada NYA.

Begitulah serba sedikit penerangan yang dapat saya sampaikan buat rekan sekalian mengenai hakikat HURUF BA’ (ب) dan TITIK NOKTAH BA’ (.).



Penulis: Gus Abdul Qodir Al-Busthomi III .
Powered by Blogger.